1. Wanita Ananah
Wanita Annah bermaksud type wanita yang suka mengomen.Kira wanita jenis macam ni patut jadi juri untuk Mari Menari ataupun rancangan realiti TV yang lain.Hidup dia ada je yang tak kena.Kalau dah kahwin memang apa yang dibuat suami dia semua tak betul.Sehari mesti ada je yang tak kena pada suami dia.Kadang-kadang pakai boxer colour merahpun jadi hal.Type ni lebih bahaya dari type R sebab memang hari-hari boleh berperang.
2. Wanita Mananah
Sila jangan samakan mananah dengan menanah.Ejaan cuma beza satu huruf tapi maksudnya lain.Wanita manan ialah wanita yang asyik menidakkan usaha suami.Lepas tu suka mendabik dada dan hanya berkata dia jelah tunjang rumah tangga seolah-olah dia berkahwin dengan zombie kampung pisang.Ces sedarlah kaum hawa yang kamu dijadikan dari rusuk adam.Biasanya situasi macam ni berlaku bila isteri bergaji besar dari suami.Memang poyo dia lebey.Terasa macam nak suruh Torres rembat je dengan bola.
3. Wanita Hananah
Yang ni pun sila jangan silap.Sebut betul-betul…Hananah bukan Hannah Montanna.Kalau yang itu saya tak boleh jauh pasti mau dekat.Type yang ni pulak memang bahaya.Wanita jenis ni berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.Kira pendeknya ialah wanita yang tak mensyukuri jodohnya.Tak habis-habis membezakan suami dia dengan lelaki lain.Memang pelik kalau dah tak suka dengan lelaki tu buat apa kahwin Ye tak?Yang paling best buat anak dah sampai 5 orang tetiba cakap tak bahagia.Haram…hahaha
4. Wanita Hadaqah
Ok wanita dalam golongan ni ialah wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.Contohnya bila dia nampak kawan dia pakai barang LV dia pun nak jugak padahal dia tak tau sugar daddy yang payung kawan dia.
5. Wanita Basaqah
Yg ni pulak terbahagi kepada dua.Yang pertama bermaksud wanita yang suka bersolek tapi niat dia bersolek bukan untuk suaminya tapi untuk menunjuk-nunjuk.Bila ditegur alasan di takut jatuh saham.Mak aiyh dah kahwin siap boleh nak jaga saham.Memangla even kita dah kahwin kita kena jaga penampilan tapi agak-agaklah kan.Bila niat dah salah memang akan terserong.percayalah.Ok yang kedua pulak maksudnya ialah Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.Yang ni agak pelik.Time belum kahwin sanggup kongsi choki-choki tapi bila dah kahwin air suampun tak nak kongsi.ces!
6. Wanita Syadaqah
Jenis ni pulak mulut tak tau berenti. Selagi tak penat ataupun bibir jadi bibir Usher dia takkan berhenti punya.Lebih-lebih lagi bila bergosip dengan kawan-kawan memang kalau blog gossip artismacam Beautifulnara & Bud iey.Haha kalau kawan-kawan saya dia akan panggil mulut macam p**t*t aya,.hoho…Cakap pandai tapi bila buat kerja memang tak menjadi.Yang dia tau komen je.Ini tidak termasuk gurls yang suka komen blog ni ye.Mereka semua terdidik dan intelek.hahaha… Ini je.So sebelum saya tamatkan tazkirah ni saya nak share pesanan Rasulullah untuk semua kaum Adam : Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah
*credit to inchik pesbukk