Tuesday, June 28, 2011

6 GOLONGAN WANITA YANG HARUS DIJAUHI OLEH KAUM ADAM UNTUK DIBUAT ISTERI

1. Wanita Ananah   
Wanita Annah bermaksud type wanita yang suka mengomen.Kira wanita jenis macam ni patut jadi juri untuk Mari Menari ataupun rancangan realiti TV yang lain.Hidup dia ada je yang tak kena.Kalau dah kahwin memang apa yang dibuat suami dia semua tak betul.Sehari mesti ada je yang tak kena pada suami dia.Kadang-kadang pakai boxer colour merahpun jadi hal.Type ni lebih bahaya dari type R sebab memang hari-hari boleh berperang.  
 
2. Wanita Mananah   
Sila jangan samakan mananah dengan menanah.Ejaan cuma beza satu huruf tapi maksudnya lain.Wanita manan ialah wanita yang asyik menidakkan usaha suami.Lepas tu suka mendabik dada dan hanya berkata dia jelah tunjang rumah tangga seolah-olah dia berkahwin dengan zombie kampung pisang.Ces sedarlah kaum hawa yang kamu dijadikan dari rusuk adam.Biasanya situasi macam ni berlaku bila isteri bergaji besar dari suami.Memang poyo dia lebey.Terasa macam nak suruh Torres rembat je dengan bola.  
 
3. Wanita Hananah   
Yang ni pun sila jangan silap.Sebut betul-betul…Hananah bukan Hannah Montanna.Kalau yang itu saya tak boleh jauh pasti mau dekat.Type yang ni pulak memang bahaya.Wanita jenis ni berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.Kira pendeknya ialah wanita yang tak mensyukuri jodohnya.Tak habis-habis membezakan suami dia dengan lelaki lain.Memang pelik kalau dah tak suka dengan lelaki tu buat apa kahwin Ye tak?Yang paling best buat anak dah sampai 5 orang tetiba cakap tak bahagia.Haram…hahaha   
 
4. Wanita Hadaqah  
Ok wanita dalam golongan ni ialah wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.Contohnya bila dia nampak kawan dia pakai barang LV dia pun nak jugak padahal dia tak tau sugar daddy yang payung kawan dia.   
 
5. Wanita Basaqah   
Yg ni pulak terbahagi kepada dua.Yang pertama bermaksud wanita yang suka bersolek tapi niat dia bersolek bukan untuk suaminya tapi untuk menunjuk-nunjuk.Bila ditegur alasan di takut jatuh saham.Mak aiyh dah kahwin siap boleh nak jaga saham.Memangla even kita dah kahwin kita kena jaga penampilan tapi agak-agaklah kan.Bila niat dah salah memang akan terserong.percayalah.Ok yang kedua pulak maksudnya ialah Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.Yang ni agak pelik.Time belum kahwin sanggup kongsi choki-choki tapi bila dah kahwin air suampun tak nak kongsi.ces!   
 
6. Wanita Syadaqah   
Jenis ni pulak mulut tak tau berenti. Selagi tak penat ataupun bibir jadi bibir Usher dia takkan berhenti punya.Lebih-lebih lagi bila bergosip dengan kawan-kawan memang kalau blog gossip artismacam Beautifulnara & Budiey.Haha kalau kawan-kawan saya dia akan panggil mulut macam p**t*t aya,.hoho…Cakap pandai tapi bila buat kerja memang tak menjadi.Yang dia tau komen je.Ini tidak termasuk gurls yang suka komen blog ni ye.Mereka semua terdidik dan intelek.hahaha…   Ini je.So sebelum saya tamatkan tazkirah ni saya nak share pesanan Rasulullah untuk semua kaum Adam :   Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah
 
*credit to inchik pesbukk

Wednesday, March 16, 2011

andai lelaki tahu...

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

*sumber drpd inchik pesbuk @_@
*tetibe lak mode jiwang ni ape cerrrr :p